Rabu, 17 April 2013

Solar Car and Rocket Parachute Bahagian 2


1. NAMA AKTIVITI: Aktiviti 4 Persatuan Sains 2013 
                              - Solar Car and Rocket Parachute

2. TARIKH: 17 April 2013
3. MASA: 7.45 - 9.30 a.m
4.  TEMPAT: Makmal Biologi
5. KEHADIRAN:   /49
6. GURU PENASIHAT PERSATUAN SAINS
Pn. Siti Zaidah Ahmad
Pn. Nazlin Ruziah Md Said
Pn. Nor Shuhadah
7. LAPORAN AKTIVITI:
Pn. Nazlin menerangkan langkah demi langkah untuk membuat solar car yang mampu bergerak dengan laju dan stabil serta paracut yang boleh kekal lama dan mendarat dengan selamat.  Dibantu oleh peserta yang akan mewakili sekolah untuk pertandingan 'solar car' dan 'parachute rocket'.

Berpandukan rangka bagi rekabentuk kereta solar dan rekabentuk roket paracut yang dibuat pada perjumpaan 3 April yang lalu.  Ahli mula melakukan  proses pembinaan kereta dan roket.

Pihak panitia Sains SMKIS berbesar hati menyediakan beberapa peralatan asas untuk proses pembikinan seperti pemotong polistren, pisau, gunting, 'mounting board' , tayar kecil untuk kereta solar , gam tembak, soldering dan beberapa peralatan lagi.



PEMBIKINAN ROKET PARACUT

memasukkan paracut dalam roket

Antara proses pembikinan roket paracut

PEMBIKINAN KERETA SOLAR 

Guru-guru pembimbing Persatuan Sains SMKIS....Kiri sekali mastermind Pn Nazlin Ruziah, Tudung hijau Pn Shuadah

 
Antara gambar menyediakan rekaan kereta solar


8. HASIL AKTIVITI:
1.  Pelajar dapat mempraktikkan amalan merekacipta melalui rekaan bentuk roket dan kereta solar.
2.  Beberapa idea dan penambaikan dilontarkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi pertandingan kereta solar dan roket paracut peringkat negeri.

rekaan yang terdapat di pasaran

rekaan pelajar SMK Dato' Ali Perlis

pertandingan yang perlu dihadapi






Rabu, 03 April 2013

Minggu Sains EUREKA


1. NAMA AKTIVITI: Aktiviti 3 Persatuan Sains 2013 
                              - Solar Car and Rocket Parachute

2. TARIKH: 3 April 2013
3. MASA: 7.45 - 9.30 a.m
4.  TEMPAT: Makmal Biologi
5. KEHADIRAN:   /49
6. GURU PENASIHAT PERSATUAN SAINS
Pn. Siti Zaidah Ahmad
Pn. Nazlin Ruziah Md Said
7. LAPORAN AKTIVITI:
Program bermula dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Tn Pengetua Cemerlang Tn Hj Zulkaply.   Beliau turut melancarkan program Cekap Tenaga dengan menyerahkan 10 amalan Cekap Tenaga kepada guru penyelaras tingkatan bagi edaran kepada semua kelas.  

Seterusnya ahli-ahli persatuan bergerak ke Makmal Biologi.  Pemantauan  dikendalikan oleh guru-guru penasihat Persatuan Sains iaitu Pn. Siti Zaidah bt. Ahmad dan Pn. Nazlin Ruziah bt. Md Said.
Pn. Nazlin menerangkan langkah demi langkah untuk membuat solar car yang mampu bergerak dengan laju dan stabil serta paracut yang boleh kekal lama dan mendarat dengan selamat.  Dibantu oleh peserta yang akan mewakili sekolah untuk pertandingan 'solar car' dan 'parachute rocket'.

Ahli-ahli perlu merangka bagi rekabentuk kereta solar dan rekabentuk roket paracut. 
Wakil sekolah sedang menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli persatuan.

ahli sedang sibuk merekabentuk



8. HASIL AKTIVITI:
1.  Pelajar dapat mempraktikkan amalan merekacipta melalui rekaan bentuk roket dan kereta solar.
2.  Wakil sekolah dapat melihat idea lain dari ahli persatuan bagi persediaan mereka untuk pertandingan kereta solar dan roket paracut peringkat negeri.

Hasil rekaan
rekaan ringkas